Skip to main content

Posts

Featured

  Ada satu jenis kesunyian yang hanya dikenali oleh mereka yang bekerja jauh selepas seluruh dunia tidur, kesunyian yang bukan kosong, tetapi penuh dengan bunyi bunyi halus, degupan jantung sendiri, bunyi kekunci papan taip yang ditekan perlahan seolah olah takut mengganggu watak watak yang sedang membina nasib mereka di dalam skrin. Malam tadi, dan malam malam seterusnya aku telah dan akan berada lagi di dalam kesunyian itu, menyunting bab demi bab daripada Kurniaan Sumpahan Kosmik, buku ketiga dalam trilogi Bayangan Langkasura, dan sejujurnya, ada sesuatu tentang buku ketiga ini yang membuatkan aku sendiri berhenti sejenak, jari tergantung di atas papan kekunci, hanya untuk merasakan beratnya apa yang telah aku tulis. Buku ketiga ini membawa kau kepada sudut pandang yang baharu sepenuhnya, seorang Strategos daripada Dinasti Qiusheng, seorang wanita yang dipertanggungjawabkan dengan sesuatu yang jauh melebihi kemampuan mana mana manusia biasa untuk ditanggung seorang diri, sesuatu...

Latest posts